Monday, 29 January 2018
NO MENCARUT
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum😁, okey hari ni x nak cerita panjang lebar, Cuma nak kongsi apa yang saya dapat dalam Usrah santai petang tadi 💙 .
Sebagaimana yang kita dah lalui dalam setiap harian kita , tak kesah laa kat kelas , mall, kolej , medan makan atau dimana mana sahaja Pasti tidak akan lari dengan mendangar kata kata yang tidak menyenangkan . contoh , B*Bi , B*D*H , SI*L , SHIT , BU*O dan macam macam laa..Semua kata kata tu dah macam jadi Habit dalam several manusia kat dunia ni..okey baik kita spesifik cakap dalam malaysia je ok✋ …
Budak2 zaman sekarang macam dah anggap mencarut tu sebagai zikir harian diorang sampai setiap patah perkataan bila nak cakap dengan kawan MESTI ada.. bukan mesti PASTI lahh~ .. cth “Weh sial, teman laa aku gi makan bod*h” , “ lawak sial kau ni B*BI “ and so on laa…
Masya-Allah😅 , cuba bayangkan bila orang luar datang Malaysia pastu dengar ayat2 tu.. okey maybe korang ingat diorang x faham ape Bahasa carut kita , tapi cuba fikir kalua kita tahu Bahasa carut diorang apa, mcm mana kita tahu yang diorang x tahu Bahasa carut kita?
Okey back to the story, cuba bayangkan org luar datang Malaysia, bila dengar kita negara islam mengeluarkan kata kata kesat tu.. apa yang diorang pandang pada kita agaknya haa? Adab, akhlak smua entah hilang kemana.. yang selama ni islam dijulang tinggi , jangan sampai disebabkan akhlak kita .. Org luar Pandang rendah pada agama kita .
Allahu’Alam , Asiff Jiddan andai saya terlebih dalam berkata kata😅 ..
Dengan mulut mencarut tu kita selawat dan berdoa kepada Allah. Dengan mulut tu kit abaca Alquran,solat,zikir dan beribadah. Pastu nak mintak syafaat Nabi SAW . Itu ke yang dikatakan mulut busuk tapi Hati suci? “bila lidah terbiasa mencarut , sedikit demi sedikit Allah Tarik rasa malu dalam diri.Tunjuk kat orang keburukan kita. (HATI GELAP)
Rasullah SAW bersabda:
إِنَّ شَرَّ النَّاسِ مَنْزِلَةً عِنْدَ اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَنْ وَدَعَهُ أَوْ تَرَكَهُ النَّاسُ اتِّقَاءَ فُحْشِهِ
_"Sesungguhnya orang yang paling buruk kedudukannya pada hari kiamat disisi Allāh adalah orang yang ditinggalkan oleh masyarakat."_(Hadīts Riwayat Muslim)
Ditinggalkan oleh manusia (teman-temanya), kenapa? Karena takut dengan lisānnya yang buruk. Hadīs ini memberi peringatan kepada kita agar kita menjaga lisan kita.
Jangan sampai kita berkata bnda2 yang kasar sehingga membuat orang lain lari, orang tidak boleh nak terima 😞.
Kenapa?
Kerana kotornya lisan kita.
Dalam satu hadīs tatkala datang sekelompok orang-orang Yahūdi datang menemui Nabi sallallāhu 'alayhi wa salam, kemudian mereka mengejek Nabi, mereka mendo'akan keburukan kepada Nabi sallallahu 'alayhi wa salam.
Kata mereka:
السَّامُ عَلَيك
"Asamu'alaik, Ya Abu Qassim." (Kebinasaan atasmu Wahai Abū Qassim)
Kalau orang mendengar sepintas, seakan-akan mereka berkata, "Assalāmu'alaik (keselamatan bagi engkau)," tetapi huruf "lam" nya mereka hilangkan. Sehingga artinya menjadi semoga engkau cepat mati.
rujukan (copaskajianislam.blogspot.)
Saya menyampaikan sambil2 saya menegur diri saya juga, sama sama berhijrah mencari ilmu Allah💗.
Segala kesalahan datang dari diri saya sendiri.
Terima Kasih😘 .
Subscribe to:
Posts (Atom)
Diary sebuah pengharapan
Adakah awak Pernah terlintas : “Kenapa di saat hati ini benar-benar mencintainya, dia tinggalkan aku ?” Saya nak share satu kata² iman as...
MORE TO READ....
-
Assalamualaikum .. heyy gais😋~ today aq nk share pengalaman aq temuduga pengurusan bg pengambilan 17/18 ... insyaAllah mana tahu ke mm...
-
🌺Hijrah adalah titik permulaan untuk meninggalkan kejahilan dan memulakan kehidupan yang lebih diredhai Allah 🌺Dalam perjalanan untuk Be...