Saturday, 20 February 2021

Diary sebuah pengharapan



 Adakah awak Pernah terlintas : “Kenapa di saat hati ini benar-benar mencintainya, dia tinggalkan aku ?”

Saya nak share satu kata² iman as syafie untuk awak hihi, Nak tahu x ? " Ketika hatimu terlalu berharap pada seseorang , maka Allah akan timpakan padamu pedihnya sebuah pengharapan , supaya kamu mengetahui bahwa Allah sangat mencemburui hati yang berharap selain Dia .. maka Allah menghalangimu dari perkara tersebut agar kamu kembali berharap kepada-Nya " So, Stay smile wahai sahabat ^_^ sebab Allah sangat sayangkan awak sebab itu you’re the chosen one. Bangunlah pagi dalam keadaan kita redha apa yang telah jadi sesudahnya. Bangunlah dalam keadaan kita telah memaafkan diri kita sebelumnya. Yakinlah, pelangi pasti akan muncul! “Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh ALLAH daripada orang mukmin yang lemah.” [HR.Muslim] Mungkin awak akan kata “Senanglah cakap, kita ni tidak sama”. Kekuatan setiap orang semestinya tidak sama, namun semua orang mampu kuat dengan jalannya tersendiri. Jika dahulu awak boleh, Yakinlah sekarang PASTI awak juga boleh. Jika dahulu pernah kuat, akan datang in sha ALLAH akan lebih kuat. ALLAH itu Maha Penyayang. Dia sendiri telah menyatakan setiap kesulitan itu akan ada kemudahan selepasnya, 2 kali Allah nyatakan dalam (Surah Ash-Syarh : 5 -6) . Pastinya ada, tetap akan ada dengan izin-Nya. Yakinlah dengan janji ALLAH, Letakkan pengharapan hanya pada ALLAH. Berusaha, berdoa dan berserahlah! Wallahualam. Barakallahu fiik semua. #SayNOtoValentine #Soup_for__soul #DiaryTarbiah

Tuesday, 16 February 2021

Diary of Motivation

 


Duhai insan bergelar manusia,

Sentiasalah  bersangka baik... 


sebab...

Jika Allah menghadirkan seseorang yang menghadiahkan air mata, itu bererti Allah mendidik kita untuk SABAR...


Jika kita tak pernah menggangu kehidupan seseorang tapi dia melukai kita, saat itu Allah mendidik kita untuk KUAT...


Jika Allah mempertemukan kita dengan seseorang yang membuat kita tersenyum, saat itu Allah mengajarkan kepada kita rasa SYUKUR..


Jika tanpa sebab seseorang hadir dan terus menghina kita, saat itu act Allah sedang mendidik kita untuk REDHA dan membantu kita untuk berubah menjadi lebih baik.


Sabar, redha dan syukurlah atas apa yang hadir menyapa dalam kehidupan kita sekalipun itu tidak kita sukai. Boleh jadi itu cara terindah dari Allah untuk menempa peribadi kita agar kian mulia dan dirahmati-Nya.


In shaa Allah

Barakallahu fiik.


credit to t.me/Dakwah_Bidadari

Sunday, 14 February 2021

"Sebuah Pengharapan yang disalah fahamkan"



HARAPAN.

Sebuah perbuatan yang kita lihat sebagai kebiasaan dalam kehidupan.

Namun sebenarnya ianya Sakit apabila kita salah faham terhadapnya.

 

Ya,

Aku insan yang pernah berada dalam sebuah “pengharapan kepada manusia”

Walaupun aku sedar, aku tahu yang aku akan dapat kesedihan.

Dan paling sakit sekali.

Ialah aku tahu yg Allah sangat2 kecewa dan sedih dengan perbuatan aku.

 

Erti “Sayang”. Dahulu aku faham erti “sayang” sebagai satu fitrah yang islam bagi untuk setiap insan.

Erti “janji” yang diberi oleh manusia ialah Janji yang tiada kepastian yang hakiki.

 

hari demi hari, tanpa aku sedar.

aku telah menjalani kehidupan aku sebagai seorang islam yang bertopengkan dunia.

Sehingga satu hari, aku betul2 disakiti dan mendapat ‘Azab daripada “pengharapan” kepada manusia.

 

Aku sedih dah kecewa,

kerana aku rasa mcm takdir ini tidak lagi berpihak kepadaku.

Butanya aku tidak lihat akan helahan pengharapan itu.

 

Satu hari, ada seorang sahabat berkongsi kepadaku satu ayat

“ Allah memberikan dunia pada yang Dia cintai dan Dia benci. Tetapi Dia tidak memberikan kesedaran berAgama, kecuali kepada yang Dia cintai. Maka barangsiapa diberi kesedaran berAgama oleh Allah, berarti ia dicintai olehNya.” (HR Imam Ahmad, Al-Hakim dan Al-Baihaqi)

 

Aku tersenyum mendengarnya,

Dan ia membuatkan jiwaku bersemangat untuk mengejar cintaNya,

 

Selama ni aku lupa,

Yang memberi aku rasa cinta ialah Allah.

Yang telah banyak memberi kasih sayang kepadaku hanya Allah.

 

Tika itu aku sedar,

Pengharapan yang sepatutnya hanya pada Dia.

Dan aku yakin,

Setiap pengharapan yang diletakkan pada Dia ialah kekuatan yang hakiki.

 

Allah ada berfirman,

“…. Sesungguhnya Allah MENCINTAI orang yang berbuat baik.” ( Surah Al-Baqarah :  195 )

 

Cinta Allah SWT tidak terbatas pada orang tertentu sahaja,

Percayalah dengan hanya kita Kembali mengingati dan berharap kepada Allah,

Maka di saat itulah kita telah mengapai Cinta-Nya.

 

“Letaklah harapan mu hanya pada Allah”

 

-END-

 

 

 

Tuesday, 25 August 2020

IBRAH HIJRAH RASULULLAH SAW

 


🌺Hijrah adalah titik permulaan untuk meninggalkan kejahilan dan memulakan kehidupan yang lebih diredhai Allah

🌺Dalam perjalanan untuk Berhijrah, Pelbagai jenis halangan yang kita akan tempuhi. Tetapi ... Adakah disebabkan halangan itu kita perlu berhenti dan lupakan hijrah yang telah kita usahakan?

🌺Wahai sahabat,
Penghijrahan Rasulullah dari Mekah ke Madinah mengambil masa berhari-hari sehingga kaki baginda terluka demi untuk menyampaikan islam kepada umatnya.

🌺 Hijrah dapat membantu manusia daripada dalam keadaan yang lemah kerana dosa kepada seorang yang lebih kuat berjuang untuk menghindari dosa

🌺Wahai Sahabat,
Jangan pernah rasa takut untuk berubah ke lebih baik, Biarlah dipandang pelik dimata manusia tetapi biarlah Indah disisi Allah SWT.
Di saat rasa ingin mengalah dalam penghijrahan ... Ingatlah perjuangan Rasulullah sewaktu baginda menegakkan kebenaran.

🌺 "Dan barangsiapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka akan mendapatkan di bumi ini tempat hijrah yang luas dan (rezeki) yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah karena Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh, pahalanya telah ditetapkan di sisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (Surah An-Nisa : 100)

Saturday, 22 December 2018

kISAH ZINNIRAH


Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa Rom. Beliau telah ditawan dan dijual di sebuah pasar di Mekah. Akhirnya beliau telah dibeli oleh Umar Al-Khattab untuk dijadikan hamba. Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan seorang yang lemah, tetapi dari segi semangatnya beliau mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah.

Rasulullah S.A.W memulakan dakwahnya secara sembunyi-sembunyi di kalangan orang-orang tertentu termasuk golongan bawahan. Antara yang menerima cahya keimanan ini ialah Zinnirah. beliau telah menerima dengan sepenuh hati. Pada peringkat awal keislamannya, Zinnirah melakukan suruhan-suruhan islam secara sembunyi-sembunyi, takut diketahui tuannya, Umar Al-Khattab. Beliau bersolat, berzikir, membaca Al-Quran, berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan. Semuanya dilakukan secara berhati-hati.

Penderitaan ke atas Zinnirah ini bermula setelah tuannya Umar Al-Khattab mengetahui keIslamannya. Umar telah dapat menghidu perubahan yang berlaku ke atas diri hambanya itu. Setelah diselidiki, nyatalah bahawa hambanya meninggalkan agama nenek moyang dan menerima ajaran tauhid yang dibawa Nabi Muhammad S.A.W.

Umar Al-Khattab cukup terkenal dengan sikap memusuhi Rasulullah S.A.W dan agama Islam sebelum keIslamannya. Beliau selalu mencerca Muhammad S.A.W. Beliau mencabar sahabat-sahabat yang telah memeluk Islam dengan sikap berani dan tegasnya itu. Beliau sanggup menanam anak perempuannya hidup-hidup kerana malu dipandang masyarakat. Dengan sifat keberanian inilah yang telah mendorong Rasulullah S.A.W berdoa agar salah seorang daripada dua Umar di Mekah supaya memeluk Islam.

Zinnirah menjadi mangsa awal di atas sikap kebencian Umar Al-Khattab terhadap Islam dan kaum muslimin. Apalagi, teruklah Umar menyeksa dan mendera Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama asalnya dan meninggalkan Islam. Pelbagai seksaan dikenakan terhadap Zinnirah. Pukulan, hentakan, sepak terajang, dijemur di tengah-tengah panas terik adalah rutin kehidupan biasa Zinnirah. Semuanya dihadapi dengan tenang dan sabar, di samping hati dan jiwanya bergantung penuh kepada pertolongan Allah S.W.T.

Kemuncak penderaan terhadap Zinnirah ialah apabila matanya dicucuk dengan besi panas. Beliau kehilangan kedua-dua matanya dan terpaksa mengharungi hidup dengan penuh kegelapan. Matanya buta, tetapi hati dan jiwanya penuh dengan cahaya keimanan. Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam kesengsaraan azab dari tuannya.

"Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga. aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan." Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi. Jiwanya semakin kukuh. Imannya semakin teguh.

Pengorbanan Zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin Mekah. Pelbagai cacian dilemparkan kepadanya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana dilaknat oleh tuhan Latta dan Uzza. Mereka mencabarnya kerana Zinnirah mempertahankan diri dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, sebaliknya ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkan ianya berlaku.

Walaupun diuji dengan pelbagai rupa, keyakinannya kepada Allah tidak berubah. Allah memberi karamah kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali dengan karamah Allah S.W.T. Dia dapat menikmati semula keindahan ciptaan Allah S.W.T. dengan penuh kesyukuran kepada Allah dan imannya semakin tinggi.

Dengan taufiq hidayah Allah, Umar Al-Khattab akhirnya memeluk Islam jua.

DO JOIN TELEGRAM : T.ME/SINDIRANSIGADIS

Sunday, 29 July 2018

AURAT PEREMPUAN

Assalamualaikum 😄

Firman Allah S.W.T  yang bermaksud:

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu Berjaya” (Surah An-Nur : Ayat 31)


Berdasarkan ayat di atas jelaslah bahawa Islam adalah agama yang mementingkan keselamatan harta benda dan jiwa raga. Islam telah menggariskan beberapa panduan khususnya pada wanita supaya menjaga aurat daripada tercebur ke lembah perzinaan demi untuk keselamatan dan kebahagiaan hidup mereka di dunia dan akhirat.


Allah S.W.T yang menjadikan rupa paras wanita dengan keayuan yang semula jadi, yang menjadi tarikan orang lelaki dan Dia jugalah yang memerintah agar kamu wahai wanita supaya menutup aurat. Suruhan ini bukanlah daripada ustaz, ustazah atau mana-mana ulama’, tetapi arahan ini datangnya dari Allah S.W.T yang menjadikan makhluk-Nya.


Perempuan Selalu Lupa Tiga Perkara..

1) Lengan adalah aurat.
2) kaki juga adalah aurat.
3) dada adalah aurat, jadi wajib melabuhkan tudung mereka menutup dada.

Perempuan selalu alpa dua perkara..

1) pandang remeh dgn aurat di pergelangan tangan.
2) tidak memakai stokin.

Dan perempuan leka tentang dua perkara..

1) aurat mereka adalah maruah mereka.
2) kecantikan bukan pada muka, tapi pada hati.

Dan Perempuan seringkali lupa bahawa menutup aurat
adalah UNDANG-UNDANG ALLAH, bukan manusia.


Berikut adalah kesilapan dan salah faham segelintir wanita zaman sekarang mengenai arahan Allah S.W.T supaya menutup aurat. Moga ia menjadi renungan dan iktibar buat kita semua.

1.Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

2.Bertudung tetapi mengenakan 'T-Shirt' berlengan pendek.

3.Bertudung tetapi baju kebarung/kebayanya terbelah di bahagian tengah.

4.Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk tubuh.

5.Bertudung tetapi amat longgar tudungnya sehingga sengaja menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

6.Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tanggalkan tudung bila di pasar raya.

7.Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah belahan dadanya dari ditutupi oleh kain tudung.

8.Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

 
-jakimsabah.islam.gov.my
-t.me/sindiransigadis

Sunday, 4 March 2018

SEBAB DIBERI UJIAN

Antara LIMA sebab mengapa Allah memberikan UJIAN kepada hambaNya.

Pertama : Allah hendak melindungi kita.
Kadangkala tanpa ujian kita hanyut lalai dan terus lupa mengapa Allah ciptakan kita.

Kedua : Allah hendak menyempurnakan kita.
Manusia ini bersifat lemah, berkeluh kesah, bakhil dan terburu - buru dalam hidup nya.

Ujian itu mengetuk kesedaran dan membaiki banyak perkara.

Ketiga : Allah hendak menguji kita.
Dunia ini tempat medan ujian bagi orang yang mengaku beriman kepada Rabbnya. Jangan mudah mengaku - ngaku sahaja sebelum terbukti pukulan yang datang dariNya.

Keempat : Allah hendak menunjukkan jalan kepada kita.
Ada banyak perkara yang kita suka tetapi tidak baik bagi kita dan begitulah sebaliknya. Bila ujian datang baru kita buka mata Allah telah memberi pertolongan dan pilihan yang baik buat hambaNya.

Kelima : Allah hendak memperbetulkan kita.
Ulama kata manusia ini tempat salah dan lupa. Kadang kala kita selalu mengulang salah dan jatuh ke dalam lubang yang sama.

Ujian yang Allah berikan memberi peluang dan ruang untuk kita muhasabah dan membaiki hati kita dengan meminta perlindungan daripadaNya.

Ya Allah Ya Tuhanku tidaklah Engkau menjadikan sesuatu itu sia - sia dan kami berlindung dari azab api neraka

Credit by: Telegram /sindiransigadis

Diary sebuah pengharapan

  Adakah awak Pernah terlintas : “Kenapa di saat hati ini benar-benar mencintainya, dia tinggalkan aku ?” Saya nak share satu kata² iman as...

MORE TO READ....